PRK Sungai Bakap: ‘Cikgu Joo’ Seru Keluar Mengundi, Beri Peluang Berkhidmat Untuk Rakyat

Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan Dr. Joohari Ariffin atau ‘Cikgu Joo’ diarak hampir 1,000 penyokong ketika menuju pusat penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi pagi tadi. Foto Facebook Fadhlina Sidek

NIBONG TEBAL, 22 Jun – Calon nombor satu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap, Dr. Joohari Ariffin menyeru penduduk setempat supaya keluar mengundi pada hari pengundian 6 Julai ini selain berharap rakyat memberikan peluang terhadapnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Cikgu Joo’ berucap ringkas selepas proses penamaan calon selesai di Dewan Serbaguna Jawi, di sini pada Sabtu.

Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan Dr. Joohari Ariffin atau ‘Cikgu Joo’ diarak hampir 1,000 penyokong ketika menuju pusat penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi pagi tadi. Foto Facebook Fadhlina Sidek

“Saya menyeru semua penduduk Sungai Bakap turun beramai-ramai agar keluar mengundi pada hari pengundian 6 Julai ini bagi memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada masyarakat,” ujarnya.

‘Cikgu Joo’ turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Kerajaan Perpaduan terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sanggup datang dari jauh dan dekat bagi memberikan sokongan kepadanya.

Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek bersama mengiringi calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan Dr. Joohari Ariffin atau ‘Cikgu Joo’ yang diarak hampir 1,000 penyokong ketika menuju pusat penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi pagi tadi. Foto Facebook Fadhlina Sidek

Beliau akan ditentang calon Perikatan Nasional (PN) diwakili Pas Abidin Ismail setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan dua nama diterima pihaknya sebaik pusat penamaan ditutup jam 10 pagi tadi.

Jadual padat menanti hari pertama Cikgu Joo termasuk mengadakan walkabout petang ini di Pasar Malam Sungai Bakap.

Suasana sekitar perarakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan Dr. Joohari Ariffin atau ‘Cikgu Joo’ diiringi hampir 1,000 penyokong ketika menuju pusat penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi pagi tadi. Foto Facebook Fadhlina Sidek

Inilah kesempatan terbaik beliau memperkenalkan diri sebagai anak jati Sungai Bakap menawarkan hala tuju dan pelan pembangunan demi kesejahteraan penduduk di sini.

Sementara itu Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook mengucapkan selamat maju jaya buat Cikgu Joohari dan berharap Sungai Bakap akan kembali dalam dakapan KEADILAN dan Perpaduan!

Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula berharap semua pengundi yang layak di DUN Sungai Bakap memberikan sokongan penuh kepada calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan demi penyatuan dan kelangsungan pembangunan negeri ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *