PRK Nenggiri: Kem BN Terus Ceria, Majoriti Lebih 2,800 Undi

Calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan isteri Nur Khamila Mohd Zin selepas selesai mengundi di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali di Bertam Lama. Foto Bernama

GUA MUSANG, 17 Ogos – Kem Barisan Nasional (BN) terus ceria dengan mengatasi Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti lebih 2,800 undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Setakat pukul 7.30 malam ini, calon BN, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 7,511 undi manakala PN yang diwakili Mohd. Rizwadi Ismail sebanyak 4,653 undi.

Ia menjadikan majoriti yang diperolehi Mohd Azmawi Fikri kini sebanyak 2,858 undi.

Petugas SPR membawa turun peti undi dari pusat pengundian Pos Gob dan Pos Simpor untuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kompleks Perdana Gua Musang. Foto Bernama.

Menurut Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook, sebanyak 40 daripada 47 peti undi (saluran) sudah dikira di pusat mengundi masing-masing melibatkan 20 buah kesemuanya.

Satu saluran lagi merupakan undi pos sebanyak 43 undi.

Kesemua peti undi sedang dalam perjalanan dengan diselia Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke pusat penjumlahan undi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang di sini.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan sebelum jam 9 malam.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *