PRK Nenggiri: Calon BN Dahului Kiraan Tak Rasmi – Asyraf Wajdi

Setiausaha Agung Umno Dr Asyraf Wajdi menunjukkan kedudukan undi yang diperolehi calon BN. Foto Dr Asyraf Wajdi

GUA MUSANG, 17 Ogos – Calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani didakwa mendahului 1,003 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Dakwaan tersebut dibuat Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melalui hantaran di Facebook beliau.

Menurutnya, calon BN mendapat 1,229 undi berbanding calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail yang mendapat 226 undi.

Tambah beliau BN menang awal di empat pusat daerah mengundi (PDM):

Calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani hadir mengundi di Pusat Mengundi Tabika Sri Bakawali, Gua Musang pada Sabtu. Foto Kelantan FM

PDM Tohoi
BN: 330
PAS: 28
(BN menang majoriti 302)

PDM Sungai Puian
BN: 305
PAS: 5
(BN menang majoriti 300)

PDM Sungai Jenera
BN: 440
PAS: 88
(BN menang majoriti 352)

PDM Kuala Sungai
BN: 154
PAS: 105
(BN Menang majoriti 49)

Seramai 20,216 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu mereka.

Terdahulu, sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka serentak pada jam 8 pagi ini.

Pengerusi SPR, Dato Sri Ramlan Harun meninjau proses mengundi di SK Limau Kasturi 1 pukul 12 tengah hari. Foto Kelantan FM

Daripada jumlah pusat pengundian itu, 14 pusat pengundian dibuka sehingga jam 6 petang dan enam pusat pengundian ditutup lebih awal.

Empat pusat mengundi ditutup jam 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Manakala dua lagi ditutup 3 petang iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *