PRK KKB: PM Anwar Pesan Kempen Secara Sihat – Shamsul Iskandar

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan) bersama jentera KEADILAN Selangor pada sidang media di Hulu Selangor petang ini. Foto RTM
HULU SELANGOR, 29 Apr – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan supaya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dijalankan secara sihat.
Selain itu, setiap jentera perlu bersungguh-sungguh dalam menjelaskan fakta kepada rakyat terutama berhubung pencapaian Kerajaan Perpaduan.
“Perdana Menteri berada di Riyadh sekarang ini dan tentunya beliau juga meminta supaya kempen dimulakan dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan fakta yang sebenar dan pencapaian Kerajaan Perpaduan.”
“Kita mahu elakkan kempen ini daripada kempen fitnah, kempen memburukkan personaliti dan juga mengambil sikap melakukan penyelewengan fakta dan provokasi antara kaum. Biarlah ia menjadi satu kempen yang sihat.”
Perkara tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada sidang media Pengarah JPRN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Selangor di Hulu Selangor, hari ini.

Anwar dalam rangka lawatan tiga hari ke negara Timur Tengah itu bagi mengetuai delegasi negara pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berakhir hari ini.
- Oleh Fahmie Zaidi
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
