PRK Kinabatangan Saksi Pertembungan Tiga Penjuru, DUN Lamag Antara BN, Warisan

Calon BN Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar bakal menentang bekas ADUN Sukau daripada Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas, Goldam Hamid pada PRK Parlimen Kinabatangan, 24 Januari ini. Foto Ahmad Maslan

KINABATANGAN, 10 Jan – Pertembungan tiga penjuru bakal disaksikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, manakala saingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula hanya ditandingi Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Di Parlimen Kinabatangan, BN mempertaruhkan Mohd Naim Kurniawan Moktar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan menentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau daripada Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas, Goldam Hamid.

Bagi kerusi DUN Lamag pula, calon BN, Mohd Ismail Ayob berdepan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari, manakala hari pengundian awal pada 20 Januari.

PRK diadakan susulan kematian penyandang kedua-dua kerusi terbabit, Datuk Seri Bung Moktar Radin akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan paru-paru pada 5 Disember lalu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *