Presiden Singapura Sah Positif Covid-19

SINGAPURA, 5 Jul – Presiden Singapura, Halimah Yacob, semalam disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.
“Baru saja didapati positif COVID-19 dengan mengalami simptom ringan seperti selesema,” tulis Halimah dalam hantaran di Facebook.
Halimah, 67, bagaimanapun bersyukur kerana beliau sudah lengkap divaksin dan telah menerima dos penggalak.

“Saya berharap dapat pulih secepat mungkin, dan maaf kerana tidak dapat hadir untuk beberapa acara minggu ini,” katanya.
Rata-rata pengikut di Facebooknya mendoakan agar beliau cepat sembuh.
Perkembangan terkini menyebut Halimah berada dalam keadaan baik dengan diberi rawatan sewajarnya setakat jam 9 pagi tadi.
