Polis Siasat Kenyataan Kaitan Kereta Kurniaan Agong

Imej tangkap layar video tuduhan berbaur fitnah CheguBard dan Zahid Mat Arip berkaitan kereta kurniaan Agong kepada Perdana Menteri. Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 4 Mac – Polis membuka kertas siasatan ke atas Chegu Bard dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip berhubung kenyataan mereka berkaitan kenderaan mewah kurniaan Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan terhadap mereka akan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
“Ia susulan kenyataan mereka berkaitan kenderaan baharu digunakan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan memanggil mereka berdua bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan KDNKA serta Pengarah dan Pengerusi Perkep JSJN di Pulapol, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri dilihat menggunakan kenderaan baharu jenama Mercedes Benz di Parlimen.
Anwar dilihat menaiki kereta berwarna hitam itu dengan semakan mendapati didaftarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
