Polis Marin, Cawangan Khas IPD Lahad Datu Tahan Feri Cuba Bawa Masuk Kosmetik Tanpa Dokumen Sah

Hasil pemeriksaan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah yang dipamerkan di hadapan pejabat Markas Operasi PPM Wilayah 4 PDRM Lahad Datu pada 10 Mei 2026. Foto PPM Wilayah 4 Sabah

LAHAD DATU, 11 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu bersama Cawangan Khas IPD Lahad Datu telah berjaya menahan sebuah feri dalam satu operasi khas di Perairan Laut Lahad Datu pada jam lebih kurang 8.05 pagi semalam, hasil tindakan atas maklumat risikan.

Menurut kenyataan di Facebook, pemeriksaan PPM Wilayah 4 Sabah secara menyeluruh telah dijalankan di bahagian dalam feri berkenaan bermula dari aras bawah sehingga ke aras atas feri.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih kurang 70 longgokan kotak mengandungi pelbagai jenis barangan kosmetik yang dipercayai dibawa masuk dari Bongao, Tawi-Tawi, Filipina menuju ke Lahad Datu, Sabah.

Hantaran di Facebook Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah yang disiarkan pada 10 Mei 2026. Foto Facebook PPM Wilayah 4 Sabah

Menurutnya, hasil rampasan melibatkan lebih kurang 24,176 unit pelbagai jenis kosmetik dan di anggarkan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM360,986.00.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua barangan tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit yang sah daripada Bureau of Customs, Filipina.

Manakala kesemua rampasan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

“Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah akan terus mempergiat operasi dan pemantauan di perairan negara bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan serta kemasukan barang-barang tanpa cukai yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara.

“Orang ramai diseru untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan penyeludupan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara,” kata kenyataan itu lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *