Polis Israel Halau 100,000 Umat Islam Solat Aidiladha Di Masjid Al-Aqsa

Kira-kira 100,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa sebelum polis Zionis Israel menyerbu kawasan solat dan menghalau jemaah seolah tidak bertamadun. Foto Al-Qastal.
JERUSALEM, 28 Jun – Polis Zionis Israel terus menghina umat Islam Palestin apabila menghalau sekitar 100,000 jemaah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa dan memaksa jemaah keluar dari kawasan Bab al-Rahma, serta menahan beberapa orang, menurut sumber media tempatan.
Laporan menyatakan bahawa pasukan Israel menahan sekurang-kurangnya 18 orang di Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita WAFA.

Pihak berkuasa Israel berniat untuk mengubah Bab al-Rahma, juga dikenali sebagai Pintu Emas, menjadi kawasan ibadat bagi Yahudi dan telah menghalang orang Islam daripada mengakses kawasan itu.
Setakat ini Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun itu.
