PMQT: Malaysia Tak Terburu-Buru Batal ART Usai Keputusan Mahkamah Agung AS – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Malaysia tidak akan terburu-buru untuk membatalkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai 26 Oktober tahun lalu, selepas tarif import diperkenal Presiden Donald Trump dibatalkan Mahkamah Agung (US Supreme Court) negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kerajaan perlu diberi ruang dan masa untuk meneliti serta memutuskan termasuk melihat soal kepentingan dan implikasinya kepada ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2026.

“Mengapa kita nak terburu-buru… kerana Mahkamah Agung AS putuskan tiga hari yang lalu, hari ini kita kena putus ikut keputusan Mahkamah Agung, saya tidak setuju,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) pada sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Hasan Karim (PH-Pasir Gudang) yang menggesa supaya kerajaan membatalkan ART Malaysia-AS yang dimeterai tahun lalu, Perdana Menteri meminta kerajaan diberi ruang untuk menilai kesannya terhadap ekonomi negara.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid ketika bertanya soalan asal pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2026.

“Sebab itu saya katakan untuk kerajaan seluruhnya, beri sedikit ruang dan masa kerana apa keputusan kita buat hari ini.. ya, mungkin boleh kata bunyi gegak gempita, hebat. Tetapi apa risikonya kepada ekonomi negara.

“Kalau soal maruah dan kedaulatan, itu soal lain. Tapi kalau soal strategi perdagangan, kita kena ambil kira kepentingan negara. Itu saja yang saya minta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2026.

“Saya tidak mahu pertikai keputusan atau pandangan Pasir Gudang (Hasan). Saya cuma nak kata, beri ruang,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *