PM Kemboja Tiba Di Malaysia Atas Jemputan PM Anwar

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tiba untuk lawatan kerja selama sehari ke Malaysia. Foto RTM
SEPANG, 27 Feb – Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi selama sehari atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Pesawat khas yang membawa Hun Manet dan delegasinya mendarat pada 9.30 pagi di Kompleks Bunga Raya, KLIA, Sepang.
Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo selaku menteri pengiring, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Duta Besar Kemboja ke Malaysia Ouk Chandara.
Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar yang juga Menteri Kewangan bagi membincangkan isu-isu semasa serantau dan memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
