PM Anwar Ziarah Menteri Agama Di Hospital

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar yang dirawat di sebuah hospital. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 29 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang dirawat di sebuah hospital di sini.

Perdana Menteri berkata, Na’im baharu sahaja menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

“Alhamdulillah, keadaan beliau beransur pulih dan saya doakan agar beliau lekas sembuh, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam kiriman di Facebook.

Terdahulu pada Khamis, Mohd Naim berkata, prosedur berkenaan dijangka berlangsung pada jam 8 pagi.

“Kelenjar ini perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini,” katanya pada Khamis.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang dirawat di sebuah hospital. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada hantaran sama, beliau turut memohon doa agar pembedahan berjalan lancar selain berdoa kesembuhan buatnya.

“Mohon kepada sahabat sekalian untuk mendoakan kejayaan hari ini dan keafiatan saya selepas ini untuk terus beribadah serta melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya,” ujar Mohd Na’im.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *