PM Anwar Zahir Ucapan Tahniah Kepada Semua Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1447 H

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah di MAEPS, Serdang, Selangor pada 5 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Sep – Sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H 2025M, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah itu hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mengucapkan tahniah kepada antara penerima anugerah termasuk Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain; Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Haji Wazir Che Awang; usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah di MAEPS, Serdang, Selangor pada 5 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut menerima penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Muhammad Usamah Zaid Yasin; Penolong Pesuruhjaya Bomba, Ismail Abdul Ghani; pelakon, Ardini Angeline Tan; serta tokoh belia harapan, Dayang Nur ‘Maisarrah Abang Abdul Razak.

Menurut Anwar, kecintaan dan teladan Rasulullah SAW adalah inspirasi kesedaran serta penyuntik semangat buat umat Islam untuk mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah di MAEPS, Serdang, Selangor pada 5 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sambutan Maulidur Rasul SAW bukan sekadar rutin tahunan simbol kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW. Kecintaan atas kisah serta teladan Rasulullah SAW adalah inspirasi kesedaran dan sekali gus penyuntik semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, serta Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, atas keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke sambutan itu, pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447 Hijrah di MAEPS, Serdang, Selangor pada 5 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tema sambutan yang dipilih tahun ini ialah ‘Membangun Ummah MADANI’ yang menitik beratkan pembangunan ummah secara inklusif dan menerapkan akhlak mulia selaras ajaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *