PM Anwar Yakin Kemampuan Anutin Pimpin Demokrasi Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berharap untuk meneruskan kerjasama erat dengan Thailand dalam membangunkan sempadan yang dikongsi, memajukan perdagangan dan meningkatkan kebajikan rakyat. Foto AFP

KUALA LUMPUR, 8 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepemimpinan rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul akan memainkan peranan penting ketika negara itu memasuki fasa baharu dalam perjalanan demokratiknya.

Dalam kemaskini terbaharu di Facebook, Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Anutin atas pelantikan berkenaan dan menganggap Thailand mempunyai peranan penting dalam menegakkan kestabilan serantau di ASEAN.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul kerana dipilih untuk menerajui Thailand pada masa penting ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Anutin Charnvirakul kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 7 September 2025. Foto X Anwar Ibrahim

“Malaysia berharap untuk meneruskan kerjasama erat dalam membangunkan sempadan yang dikongsi, memajukan perdagangan dan meningkatkan kebajikan rakyat,” katanya dalam hantaran berkenaan hari ini.

Pelantikan Anutin, 58, dilihat sebagai detik penting bagi Thailand dalam usaha memperkukuh sistem politik serta menyumbang kepada kestabilan rantau ini.

Beliau menggantikan Paetongtarn Shinawatra yang didapati bersalah oleh Mahkamah Perlembagaan, memberi laluan kepada Anutin menggantikannya selaku perdana menteri ketiga dalam tempoh dua tahun.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

1 thought on “PM Anwar Yakin Kemampuan Anutin Pimpin Demokrasi Thailand

  1. Saya ada melihat video YAB Tan Sri Muhyiddin bercakap membela pendatang asing, katanya: ” pendatang asing patut diberi sabsidi petrol kerana depa pun membantu menaikan ekonomi Malaysia”
    Tapi selepas tu akaun tu hilang tak dapat dikesan, saya pun dah lupa nama
    website /akaun tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *