PM Anwar Umum KPT Ambil Alih Tingkatan 6, Matrikulasi Pada 2027

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto PMO
PUTRAJAYA, 20 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih keseluruhan sistem pra-universiti atau Tingkatan Enam dan matrikulasi bermula tahun depan.
Perdana Menteri menjelaskan, pelajar yang akan mengikuti sistem pendidikan berkenaan akan mula memasuki kategori pendidikan tinggi iaitu setara dengan program matrikulasi di IPT.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau memaklumkan kerajaan setuju untuk memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menaik taraf bilik guru di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil maklum berkenaan lebih 30 peratus bilik guru berada dalam keadaan tidak selesa dan tidak selamat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


