PM Anwar Ucap Tahniah Kejayaan Tunku Panglima Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Jepun. Foto RPO

KUALA LUMPUR, 13 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim di atas kejayaan merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia yang berlangsung di Jepun.

Perdana Menteri menzahirkan ucapan tersebut menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

“Ucapan tahniah turut dizahirkan kepada Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang berjaya menamatkan perlumbaan pertama semalam di kedudukan ketiga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Jepun. Foto RPO

“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan rakyat Johor dan Malaysia, malah memperlihatkan daya saing serta semangat juang tinggi anak muda negara di pentas perlumbaan antarabangsa,” kata Anwar.

Terdahulu, Johor Motorsports Racing (JMR) meraih kemenangan ketiga dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Fuji (FIC), Jepun.

Selepas Tunku Abu Bakar dan Jordan Love meraih tempat ketiga dalam perlumbaan pertama, Tunku Abdul Rahman dan Ben Green berjaya menamatkan perlumbaan kedua sebagai juara.

Keputusan ini menyaksikan Tunku Abdul Rahman terus mengejar rapat gandingan pelumba Origine Motorsports, Bob Yuan dan Leo Ye untuk mencabar kedudukan carta pemandu keseluruhan.

Saingan GT World Challenge Asia akan diteruskan di Litar Antarabangsa Okayama, Jepun dengan pusingan kelima ini dijangka berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia di Jepun. Foto RPO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *