PM Anwar Ucap Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Poster ucapan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2024 yang dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto X Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata. kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum.
“Semoga sambutan ini juga menyemarakkan perasaan kasih sayang dan keamanan berkekalan, serta melimpahkan rezeki dan kemakmuran buat negara.
“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Pesta Kaamatan, yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut di Sabah hari ini, manakala Hari Gawai di Sarawak jatuh pada Sabtu dan kedua-dua perayaan diraikan sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
