PM Anwar Ucap Selamat Menyambut Good Friday Dan Easter Sunday

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengucapkan selamat menyambut perayaan Good Friday dan Easter Sunday kepada semua penganut Kristian yang meraikannya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengucapkan selamat menyambut perayaan Good Friday dan Easter Sunday kepada semua penganut Kristian yang meraikannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mengajak seluruh rakyat untuk menyemai semangat kasih sayang serta saling menghargai dengan menyampaikan ucapan yang bermakna kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini.

“Semoga keharmonian yang kita kecapi terus terpelihara, dan kemajmukan masyarakat kita menjadi kekuatan yang menyatukan,” katanya.

Terdahulu Anwar melakukan lawatan kerja rasmi ke Thailand atas jemputan rakan sejawatnya Paetongtarn Shinawatra bagi memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.

Penganut Kristian di negara ini menyambut Good Friday hari ini, manakala Easter Sunday akan disambut pada 20 April ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *