PM Anwar Tunai Solat Jumaat Di Kuantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kuantan pada 3 April 2026. Foto Muhammad Delima Atan

KUANTAN, 3 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih, di sini.

Terdahulu, Anwar bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di masjid itu pada jam 1.15 tengah hari.

Turut sama menunaikan solat Jumaat ialah Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

Anwar bersama kira-kira 1,000 jemaah seterusnya mendengar khutbah Jumaat bertajuk Hari Kesihatan Sedunia dengan antara kandungannya ialah Islam mementingkan kesihatan diri, badan yang sihat membolehkan umat Islam menjadi hamba Allah yang patuh dalam mentaati perintahNya dan membina sebuah tamadun yang disegani masyarakat dunia.

Selain itu, kesihatan tubuh badan juga menuntut mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. Ini kerana rehat yang baik membantu menyegarkan tubuh, menenangkan fikiran dan menguatkan daya ibadah.

Usai solat, jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan Perdana Menteri.

Anwar kemudiannya dijadual merasmikan MADANI Mart di Indera Mahkota 8, di sini pada jam 2.30 petang, manakala jam 4.30 petang pula, Perdana Menteri dijadual menghadiri Himpunan Anak Pahang MADANI 2026 di perkarangan UTC Kuantan yang dijangka menarik penyertaan lebih 7,000 anak muda dan belia dari seluruh Pahang.

Pada sebelah malam, lawatan kerja diteruskan dengan perasmian Kejuaraan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026 di Kompleks SUKPA, di sini pada jam 8 malam.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *