PM Anwar Tunai Solat Jumaat Bersama Komuniti Islam Di Pusat Islam San Francisco

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam San Francisco (ICoSF) di sini bersempena dengan lawatan kerja beliau sempena Sidang Kemuncak APEC ke-30. Foto Facebook Anwar Ibrahim
SAN FRANCISCO, 17 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam San Francisco (ICoSF) di sini bersempena dengan lawatan kerja Perdana Menteri bagi menghadiri Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 yang ke-30.
Beliau yang tiba kira-kira jam 1 petang Jumaat disambut oleh Ahli Lembaga Pengarah Pusat Islam San Francisco, Dr Naeem Patel.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menunaikan solat bersama sekitar 250 jemaah komuniti Islam di San Francisco diimamkan oleh Maulana Faiz Vaid.
”Alhamdulillah saya dan delegasi Malaysia hari ini menunaikan Solat Jumaat di Islamic Centre of San Francisco. Saya turut berkesempatan beramah mesra bersama komuniti Islam di sini,” jelas Anwar di laman X.

Turut hadir isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri serta Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Usai solat, beliau berkesempatan berbual santai dan bersalaman bersama sekitar 250 komuniti Muslim yang hadir.
Ini merupakan lawatan sulung Anwar ke San Francisco sejak menjawat jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web