PM Anwar Tidak Kompromi Dengan Rasuah, Menteri Akan Dipecat Serta-Merta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan ribuan penduduk semasa Jelajah Perpaduan MADANI di Kuala Telemong, Kuala Berang malam tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA BERANG, 9 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkompromi dengan anggota Jemaah Menteri yang terbabit dengan rasuah.

Perdana Menteri berkata, menteri terbabit dengan rasuah akan dipecat serta-merta.

“Semua menteri kabinet Kerajaan Perpaduan akan diterajang keluar dan dimasukkan ke penjara, jika terbabit dengan rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan ribuan penduduk semasa Jelajah Perpaduan MADANI di Kuala Telemong, Kuala Berang malam tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selepas lapan bulan kerajaan perpaduan mentadbir negara, tiada lagi menteri kabinet di bawah jagaan saya yang terbabit dengan aktiviti rasuah,” katanya ketika berucap dalam siri ceramah di program Jelajah Perpaduan MADANI di Kuala Telemong di sini, hari ini.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan negeri (Dun) Telemong, Datuk Rozi Mamat dan calon BN Kuala Berang, Jalaludin Ismail.

Calon Pakatan Harapan (PH) Dun Manir, Eka Lisut yang sudah lama berada di Kuala Berang turut hadir bersama jentera tempatan mendengar amanat Anwar.

Sebahagian daripada ribuan rakyat tekun mendengar amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap semasa Jelajah Perpaduan MADANI di Kuala Telemong, Kuala Berang malam tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, semua jemaah menteri sering diberi peringatan tidak terbabit dengan aktiviti rasuah setiap kali mesyuarat Kabinet.

Peringatan tersebut ditujukan kepada semua menteri kabinet termasuk pegawai-pegawai kementerian masing-masing agar integriti kerajaan terus dipelihara dan memberi keyakinan kepada rakyat sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Ia juga selari dengan laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Siasatan Jenayah Perdagangan PDRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bahawa sepanjang tempoh tersebut, tiada laporan salah laku atau rasuah diterima melibatkan menteri dan pegawai-pegawai masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *