PM Anwar Terima Laporan Interim 1, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kanan) menerima Laporan Interim 1 Kajian SSPA diserahkan Mohd Zuki. Foto Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
PUTRAJAYA, 19 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Laporan itu diserahkan kepada Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Jabatan Perkhidmatan Awam melalui perkongsian di Facebook berkata, Perdana Menteri terdahulu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 1/2024 yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra di sini.
“Fokus utama mesyuarat sudah tentulah penumpuan terhadap inisiatif yang boleh menyumbang ke arah meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.

“Di akhir mesyuarat, Ketua Setiausaha Negara bersama KPPA menyerahkan Laporan Interim 1 Kajian SSPA kepada Perdana Menteri,” katanya.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan penuh SSPA akan dibuat sepenuhnya bermula 2025.
Bagi tujuan itu, kajian berhubung sistem saraan itu dijalankan secara menyeluruh, yang memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam.
Skim Gaji Penjawat Awam Jadi Keutamaan Bila Pendapatan Bertambah – PM Anwar
Ia menerusi penggunaan teknologi dan kemahiran modal insan, prestasi penjawat awam dari aspek produktiviti yang mewajarkan gaji setimpal kepada penjawat awam, kesejahteraan penjawat awam dalam menangani kos sara hidup dan kemampanan fiskal negara dalam membiayai perbelanjaan berkaitan perkhidmatan awam.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
