PM Anwar Terima Kunjungan PM Belanda, Adakan Perbincangan Dua Hala Di Putrajaya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini ketika Malaysia dan Belanda terus mengukuhkan hubungan dua hala. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 1 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Belanda, Mark Rutte di Seri Perdana di sini, dalam usaha Malaysia dan Belanda mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Rutte tiba di Malaysia semalam untuk lawatan kerja dua hari, yang kedua ke negara ini selepas lawatan sulungnya pada 2014.

Rutte disambut Anwar sebaik tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan rundingan yang membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Belanda selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini ketika Malaysia dan Belanda terus mengukuhkan hubungan dua hala. Foto Bernama

Selepas pertemuan hampir sejam, Anwar menghoskan majlis jamuan tengah hari sempena lawatan kerja Rutte ke Malaysia.

Pada 2022, Belanda adalah rakan dagangan ke-14 terbesar Malaysia dan kedua terbesar di Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah dagangan RM48.04 bilion (US$10.93 bilion), meningkat 33.4 peratus berbanding RM36.01 bilion (US$8.68 bilion) pada 2021.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *