PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Agama, Perkasa Agenda Dakwah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli di Putrajaya pada 29 Januari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 29 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan MADANI komited memperkasa agenda dakwah secara berhikmah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan insan dan kesejahteraan masyarakat di negara ini.

Menerusi hantaran di media sosial, agenda berkenaan dibincang ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut menyentuh beberapa isu strategik yang perlu digerakkan secara lebih tersusun, menyeluruh dan berkesan selari dengan keutamaan semasa negara.

“Perbincangan ini memberi tumpuan kepada komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa agenda dakwah yang berhikmah, memperkukuh kebajikan rakyat serta memantapkan pemerkasaan wanita sebagai teras penting pembangunan insan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Malah, Kerajaan MADANI akan memastikan setiap usaha itu dilaksanakan dengan kesungguhan, keselarasan dasar serta keberanian melakukan penambahbaikan demi menjamin kesejahteraan rakyat selain membina masa depan negara yang lebih adil dan berperikemanusiaan, ujar Anwar.

Marhamah dilantik ke jawatan itu setelah rombakan kabinet pada 16 Disember lalu yang menekankan pengukuhan pentadbiran selari dengan tuntutan semasa.

Marhamah bertekad memperkasa peranan ummah dalam mendepani tuntutan syiar Islam yang semakin berkembang di negara ini. Foto Marhamah Rosli

Manakala jawatan menteri hal ehwal agama kini disandang Dr Zulkifli Hassan berkuat kuasa mulai tarikh sama.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *