PM Anwar Sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 Petang Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada jam 4.30 petang ini. Foto Arkib PMO

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pada jam 4.30 petang ini.

Kira-kira 7,000 tetamu termasuk penjawat awam, pesara dan veteran serta badan bukan kerajaan (NGO) dijangka memeriahkan program itu yang diterajui Kementerian Perpaduan Negara bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama generasi baharu.

Acara itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan selain menerusi Facebook rasmi Perdana Menteri.

Amanat Perdana Hari Kebangsaan menjadi platform Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan perutusan menyemarakkan lagi perasaan cintakan negara sepanjang masa. Foto PMO

Sebelum ini, Setiausaha Bahagian Pembangunan Masyarakat Kementerian Perpaduan Negara, Zaimy Shaari berkata, majlis itu turut diserikan dengan reruai yang menunjukkan kepelbagaian Malaysia serta acara selingan seperti kupasan penceritaan mengenai wira tidak didendang.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” akan berlangsung di Dataran Putrajaya, esok.

https://www.instagram.com/p/C_Ri88fTo-n/?igsh=dWx0dTIzbG9jcGYx

Acara gilang-gemilang itu menyajikan perbarisan dan perarakan membabitkan lebih 17,000 peserta, 59 kontinjen, 24 pasukan pancaragam dan 439 aset ketenteraan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *