PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Penyanyi Shima

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan Perdana Menteri kepada Shima. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 30 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesihatan buat penyanyi veteran, Shima yang kini menghidap penyakit bronchitis.
Menerusi catatan dalam Facebook, Anwar berkata, Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi berkesempatan menziarahi pelantun lagu Teringin itu yang kini tidak boleh menyanyi, sekali gus terputus sumber pendapatan akibat penyakit yang dihidapinya.
“Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan Shima.
“Saya mendoakan Shima dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” tulisnya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
