PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Lagenda Bola Sepak Negara

Ahmad Farhan mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada Azman Adnan di Putrajaya pada 21 November 2025. Foto Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalurkan sumbangan kepada lagenda bola sepak negara, Azman Adnan.

Sumbangan daripada Perdana Menteri disampaikan menerusi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang berkata, bekas penyerang kebangsaan dan Selangor itu bakal menjalani prosedur pembedahan lutut pada 26 November nanti.

Ahmad Farhan mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada Azman Adnan di Putrajaya pada 21 November 2025. Foto Farhan Fauzi

“Saya sampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri bagi meringankan keperluan perubatan serta memberi semangat buat beliau,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Ahmad Farhan berkata, beliau mendoakan semoga proses pembedahan tersebut berjalan lancar Dan dipermudahkan segala urusan.

Ahmad Farhan mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada Azman Adnan di Putrajaya pada 21 November 2025. Foto Farhan Fauzi

“Semoga Abang Man kembali kuat untuk terus menyumbang kepakaran dalam pembangunan bola sepak tanah air,” katanya.

Lagenda bola sepak negara itu banyak menabur jasa kepada pembangunan bola sepak tempatan dan mewakili negara dalam pelbagai kejohanan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Kelayakan Piala Dunia ketka aktif bersama skuad Harimau Malaya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *