PM Anwar Salur Sumbangan Kepada Belia Hidap Penyakit Kaki Gajah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Jazlan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 MacPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada Muhammad Jazlan Abd Jamin, seorang belia yang menghidap penyakit kaki gajah (elefantiasis).

Sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Muhammad Jazlan di Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

“Saudara (Muhammad) Jazlan telah menghidap penyakit kaki gajah selepas terjatuh longkang tiga tahun lalu dan kini nasib beliau tambah malang apabila satu daripada kakinya terpaksa dipotong atas nasihat pegawai perubatan.

https://www.instagram.com/p/C42yrrcPLN0/?igsh=MTN0N2tjbzZ2Y241bw==

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *