PM Anwar Salur Bantuan Kepada Aktivis Awal Reformasi Aisah Lamsah

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan dan bertemu dengan Aisah di Rantau hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

REMBAU, 2 AprPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan bantuan kepada aktivis awal reformasi, Aisah Lamsah yang menghidap penyakit lutut kronik.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar memberitahu, bantuan itu disumbangkan menerusi Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa menziarahi aktivis berkenaan yang menetap di Rantau, Negeri Sembilan hari ini.

“Puan Aisah juga perlu menjaga anaknya, Muhammad Syakhir yang menghidap Spinal Ependymoma atau ketumbuhan tumor di bahagian tulang belakang.

“Penyakit ini membawa pelbagai komplikasi yang memudaratkan dan adik Syakhir memerlukan pembedahan segera.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan dan bertemu dengan Aisah di Rantau hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saudara Farhan turut menyampaikan bantuan kepada Puan Aisah bagi pihak saya. Memohon semua untuk sama mengirim doa buat Puan Aisah dan adik Syakhir agar selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah,” katanya.

Ahmad Farhan diiringi beberapa ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Rembau yang turut mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan Aisah sekeluarga.

Aisah merupakan aktivis parti yang banyak menggerakkan jentera pilihan raya di peringkat pusat dan negeri serta membantu para wanita bergiat aktif dalam bidang kemasyarakatan dan kekeluargaan.

Ini merupakan siri sumbangan khas Perdana Menteri kepada beberapa aktivis parti termasuk Mohd Hatta di Kuantan, Pahang dan Pospan Linggam di Kota Raja, Selangor.

Sementara itu Pospan Linggam atau lebih dikenali sebagai Puspa yang uzur disebabkan masalah kesihatan turut menerima kunjungan daripada Ahmad Farhan.

“Saudara Puspa merupakan antara individu yang terlibat secara aktif dalam gerakan massa sewaktu gelombang reformasi meledak lewat 1990-an, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam bagi penggal 2010/2011.

“Farhan telah memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung. Saya amat berharap ia memberi sedikit kelegaan kepada saudara Puspa dalam menempuh hari mendatang,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *