PM Anwar Puji Kematangan, Ikhtiar Perdamaian NGO Wakili Islam, Hindu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut sekali gus menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Perdana Menteri menyambut baik ikhtiar perdamaian yang diusahakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili badan Islam dan Hindu yang menjadi suatu cerminan tahap kematangan rakyat dalam memilih jalan damai.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut sekali gus menolak perpecahan dan mengangkat semangat saling menghormati.

“Inilah ruh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang teguh berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum.

Kenyataan media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Mac 2026. Foto PMO

“Kebersamaan ini mesti terus kita pelihara dan rangkul sebagai asas kekuatan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anwar turut berterima kasih kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjayakan usaha tersebut.

“Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” katanya.

Pengerusi Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) Datuk N Sivakumar (empat kiri) bersama Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pada sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Wakil Komuniti Melayu dan India di Putrajaya pada 18 Mac 2026.

Terdahulu, NGO mewakili masyarakat Melayu dan India menggesa segala isu perkauman membabitkan kedua-dua kaum itu dinoktahkan segera dengan mencari titik perdamaian menyeluruh.

Menerusi sesi dialog membabitkan beberapa NGO, mereka sepakat supaya jalan perdamaian melalui rundingan perlu diadakan bagi mencari persamaan dalam menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *