PM Anwar Perjelas Kesungguhan Laksana MA63 Demi Kotakan Janji Terdahulu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah, Kapit pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KAPIT, 29 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesungguhan kerajaan menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan didorong rasa takut hilang sokongan, sebaliknya mengotakan janji pemimpin terdahulu.
Perdana Menteri berkata, beliau menolak melakukannya kerana tidak mahu kehilangan sokongan kerajaan Sarawak dan Sabah.
“Saya tidak ambil sikap defensif untuk mempertahankan MA63 sebab itu arahan awal saya sejak jadi perdana menteri walaupun dikritik. Saudara Alex (Alexander Nanta Linggi) tahu…kadang pembangkang kritik saya takut hilang dokongan…(konon) saya takut ada ugutan.

“Saya kata tidak pernah ada ugutan, (tetapi) ya pernah ada cadangan, namun tidak pernah saya rasa gentar,” katanya ketika beliau hadir Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Komuniti Masyarakat Kapit, di Dewan Suarah Kapit, Sarawak pada Ahad.
Turut hadir Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Alexander yang juga menteri kerja raya merangkap Ahli Parlimen Kapit.

Anwar ketika mengulas lanjut, berkata dalam politik pemimpin perlu menunaikan janji – sebahagiannya adalah amanah daripada pemimpin terdahulu yang berjuang demi negeri dan negara.
Setakat 13 September, sebanyak 11 tuntutan rundingan MA63 diselesaikan dengan tujuh daripadanya berjaya dicapai dalam tempoh dua tahun di bawah Kerajaan Perpaduan.
Empat perkara yang belum diputuskan adalah berkaitan sempadan laut, royalti minyak, duti setem, serta tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
