PM Anwar Optimis Pelabur Bernilai Tinggi Bakal Pilih Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) ketika menyertai mesyuarat meja bulat delegasi Malaysia bersama lebih 50 pemimpin industri pelbagai sektor dari seluruh dunia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

RIYADH, 29 AprDatuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan, lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan seiring mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi antarabangsa seperti Tesla Inc., Amazon Web Services (AWS), Infineon dan Nvidia.

Perdana Menteri optimis ia boleh direalisasikan selepas menyertai mesyuarat meja bulat antara delegasi Malaysia bersama lebih 50 pemimpin industri pelbagai sektor dari seluruh dunia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi.

“Ruang ini dimanfaatkan untuk memaparkan keutamaan, inisiatif strategik serta kadar pertumbuhan ekonomi dan fiskal negara, selain kewujudan peluang perdagangan dan pelaburan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) ketika menyertai mesyuarat meja bulat delegasi Malaysia bersama lebih 50 pemimpin industri pelbagai sektor dari seluruh dunia di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sesi ini penting untuk saya dan rakan-rakan meyakinkan pemimpin industri untuk melabur di Malaysia, sekali gus melonjak pertumbuhan ekonomi negara serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi buat rakyat Malaysia.

“Ramai pemimpin industri dan perniagaan yang hadir menunjukkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik negara dengan menyatakan minat untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang.

“Saya beri jaminan urusan pelaburan mereka akan dipermudah dan disegerakan, terutama selepas kerajaan berjaya menangani isu kerenah birokrasi yang berlanjutan sekian lama sebelum ini,” kata beliau dalam hantaran di akaun media sosial rasminya, hari ini.

Turut menyertai Perdana Menteri dalam mesyuarat itu ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta para pegawai kerajaan.

Antara syarikat yang menyertai sesi itu termasuk Samsung, Chevron, BrainBox AI, Cisco Systems, OmniBot.ai, TotalEnergies, Lulu Group International, Deutsche Bank dan Saudi Industrial Development Fund.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi jemputan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne di sela Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, Perdana Menteri kini berada di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas WEF yang berlangsung selama dua hari bertemakan ‘Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan.’


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *