PM Anwar Merafak Sembah Ucapan Tahniah Hari Keputeraan Sultan Pahang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas hari keputeraan baginda ke-65 pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Kebawah Duli Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku,” kata Anwar.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *