PM Anwar Lulus Peruntukan Tambahan RM100 Juta Tingkat Fasiliti Keselamatan Di Sempadan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tambahan itu sejajar komitmen negara dan Thailand merancakkan ekonomi di sempadan.

PUTRAJAYA, 30 Jul – Kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan tambahan RM100 juta bagi tujuan meningkatkan fasiliti keselamatan di sempadan Kedah, Perlis dan Kelantan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan usaha kerajaan dalam menangani pelbagai isu dan jenayah merentas sempadan seiring komitmen Malaysia dan Thailand untuk membangunkan kawasan bagi merancakkan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand.

PM Anwar, PM Srettha Bakal Bincang Kerjasama, Pembangunan Sempadan Esok

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Anwar yang juga menteri kewangan, berkata beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada 3 Ogos bagi membincangkan isu keselamatan negara dan ekonomi dua wilayah itu.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan PM Srettha Di Phuket

“Pada 3 Ogos ini saya akan bertemu PM Thailand di Sungai Golok dan Rantau Panjang untuk bicara soal keselamatan sempadan dan rancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung.

Anwar turut mengarahkan agar prosedur kerajaan bagi usaha penambahbaikan itu dipermudah dan dilonggarkan.

Namun, ditegaskan bahawa pembelian aset-aset keselamatan mesti dibuat dengan cara yang lebih tersusun dan terencana agar tatakelola dan tadbir urus perolehannya berintegriti serta menjimatkan kos kerajaan, katanya.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan PM Srettha Di Phuket

Dalam pada itu, beliau menegaskan meskipun menjaga keselamatan dan kedaulatan negara menjadi tugas kerajaan, namun penglibatan rakyat amat kritikal mewujudkan sinergi pengurusan keselamatan bersepadu.

Menurutnya, konsep Malaysia MADANI juga membuahkan hasil apabila negara melonjak sembilan anak tangga dalam Global Peace Index 2024 untuk berada dalam kelompok 10 negara paling selamat di dunia.

Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) juga menunjukkan skor IKK bagi 2023 ialah 1.48 iaitu satu pencapaian yang amat membanggakan, katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *