PM Anwar Lawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin, Lulus Peruntukan RM20 Juta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir melawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
BUKIT MERTAJAM, 11 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir melawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin pada jam 12.00 tengah hari tadi.
Ketibaan Perdana Menteri disambut dan diiringi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Yang turut hadir Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan pengurusan sekolah berkenaan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan melawat sekolah ini yang merupakan pelopor dan teladan kepada gerakan penghidupan semula sekolah swasta Cina di bahagian utara Semenanjung Malaysia melalui reformasi falsafah pengajaran dan struktur organisasinya.

Beliau pernah menjadi guru sandaran Bahasa Melayu di sekolah persendirian selain menghimbau kembali detik-detik bersama para pelajar yang mengerumuni sebaik tiba di sini.
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20.16 juta bagi projek 63 buah sekolah persendirian dalam majlis sama.
Anwar kemudian dijangka merasmikan bangunan blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital pada 2.45 petang dengan pelbagai kemudahan moden disediakan sebagai memperkukuh industri pelancongan kesihatan di negeri ini.

Lawatan kerja Anwar akan diakhiri dengan menghadiri Program Muhibbah MADANI anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Tengah, Bukit Mertajam.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
