PM Anwar Jamin Keutamaan Akan Perkukuh Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 1 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat dalam jangka masa panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, selepas meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sempena cuti panjang Hari Wilayah Persekutuan dan Thaipusam, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

Beliau turut menyatakan, maklum balas yang diterima amat memberangsangkan, terutamanya berkaitan tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

“Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan, khususnya berkaitan tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

“Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

Anwar turut meluangkan masa bertanya khabar kepada penumpang perkhidmatan berkenaan selain meninjau pelbagai kemudahan dalam tren yang bergerak pada kelajuan 140 kilometer sejam itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

Beliau juga turut meninjau dan mendengar taklimat pengoperasian tren dari dalam dek pemandu tren serta memerhati cara pengendalian pelepasan dan ketibaan di stesen utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau operasi Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 1 Februari 2026. Foto PMO

Perkhidmatan ETS3 bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru mula beroperasi pada 12 Disember tahun lalu dan dijangka menjimatkan masa perjalanan kepada sekitar 4.5 jam, berbanding perjalanan menggunakan jalan raya yang mengambil masa antara lima hingga tujuh jam.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *