PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Karam Singh Walia, Doakan Segera Sembuh

Ahmad Farhan (kiri) ketika menyantuni Karam Singh semalam sambil menyampaikan sumbangan mewakili Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau bimbang tentang tahap kesihatan tokoh kewartawanan alam sekitar, Datuk Karam Singh Walia menerusi hantaran di media sosial.

Lantaran itu, Anwar diwakili Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, tampil menyantuni bekas wartawan TV3 itu semalam sambil menyampaikan sumbangan diperlukan.

Ahmad Farhan (kiri) ketika menyantuni Karam Singh semalam sambil menyampaikan sumbangan mewakili Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semalam, Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi mewakili saya menziarahi Datuk Karam Singh Walia, tokoh kewartawanan alam sekitar yang terkenal dengan penggunaan peribahasa langka.

“Saya dimaklumkan keadaan kesihatan saudara Karam Singh kini membimbangkan selepas beliau menghidap penyakit hati dan masalah buah pinggang.

Ahmad Farhan (kiri) ketika menyantuni Karam Singh semalam sambil menyampaikan sumbangan mewakili Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Selain berbicara panjang terkait pengalamannya membongkar kebobrokan petualang memusnahkan alam sekitar, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya kepada saudara Karam Singh.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kos perubatan yang ditanggung beliau. Saya mendoakan semoga saudara Karam Singh segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak muda terkait kepentingan alam sekitar, ” kata Anwar di platform Instagram beliau hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *