PM Anwar Hargai Pengorbanan Warga Perbendaharaan Siapkan Belanjawan 2024

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau persiapan akhir Laporan Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat esok jam 4 petang. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 12 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan penghargaan terhadap warga Perbendaharaan yang disifatkan beliau sebagai luar biasa kerana sedia berkorban dan bertungkus lumus menyiapkan laporan ekonomi, fiskal dan Belanjawan 2024.

“Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada jentera Perbendaharaan ini, luar biasa kerja dengan tekun.

“Ada yang tidak balik rumah, ayah sakit pun tangguh sekejap, hari lahir anak pun tak dapat diadakan acara. Jadi itu tahap pengorbanan staf untuk siapkan laporan ekonomi, fiskal dan belanjawan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meninjau persiapan akhir Laporan Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat esok jam 4 petang. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi, tidak akan ada kekuatan itu, pencapaian itu tanpa kerjasama seluruh keluarga Perbendaharaan termasuk pasukan keselamatan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada media selepas meninjau persiapan akhir Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan (MoF), di sini.

Anwar tiba di MoF pada kira-kira 12.50 tengah hari dan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri kemudian bergambar bersama-sama warga kerja MoF yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2024 sebelum menandatangani dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen esok.

FOTO Ihsan Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan bergambar bersama pasukan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sementara itu, ditanya sama ada Belanjawan 2024 bakal menggembirakan rakyat, beliau berkata: “Ini tanggungjawab bersama.”

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024.

Untuk rekod, ini merupakan pembentangan belanjawan kedua bagi Anwar selaku Menteri Kewangan setelah Belanjawan 2023 dibentang pada 24 Februari lalu. 

Belanjawan 2023 memperuntukkan sebanyak RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus sementara RM99 bilion pula bagi belanja pembangunan. 

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *