PM Anwar Hadiri Mesyuarat Tertutup Bersama MPN KEADILAN Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat MPN KEADILAN Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Foto RTM
SEBERANG JAYA, 15 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menghadiri Mesyuarat Tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang, Kedah dan Perlis di Hotel The Light pukul 9.10 malam ini.
Mesyuarat tertutup tersebut dijalankan secara berasingan mengikut negeri.
Hadir sama, Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil dan Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek.
Untuk esok, Anwar dijangka akan memulakan lawatan ke Jualan Termurah Madani di Bandar Perda pada pukul 8.15 pagi, seterusnya ke Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM).
Perdana Menteri kemudiannya dijadualkan menunaikan solat Jumaat serta menghadiri kenduri rakyat di Masjid Tengah Berapit, Permatang Pauh.

Sejurus selepas itu, beliau akan merasmikan Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai sebelum mengakhiri lawatannya ke Majlis Pecah Tanah di Taman Perindustrian Batu Kawan.
Perdana Menteri dijangka pulang semula ke ibu negara pada sebelah malam.
- Oleh Syarmila Rastam & Zatul Iqma Mohd Noor
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
