PM Anwar Hadir Konsert CIPTA M N45ir Di Axiata Arena

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hadir pada konsert seniman tersohor Datuk M. N45IR, CIPTA di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Konsert mega seniman tersohor tanah air, Datuk M. Nasir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini menjadi gamat dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat memakai tengkolok sebagai simbol keMelayuan meraikan ulang tahun hari lahir beliau ke-77 hari ini tiba sekitar jam 9:30 malam disambut sorakan belasan ribu penonton yang membanjiri lokasi konsert sejak pukul 4 petang.

“Terima kasih atas kesudian kerana datang, buat susah-susah sahaja,” seloroh Datuk M. Nasir.

Turut hadir pada konsert ‘Datuk M. N45ir Cipta’ itu adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar.

Anwar turut menerima kejutan apabila M Nasir mendendangkan lagu selamat hari lahir kepada pemimpin negara itu disusuli tepukan dan penonton konsert itu turut berdiri.

Sebanyak 25 lagu disampaikan oleh penyanyi legenda berkenaan antaranya Bila Rumi Menari, Apokalips, Sentuhan Listrikmu, Phoenix Bangkit Dari Abu dan Raikan Cinta.

Turut dipersembahkan pada konsert kira-kira tiga jam itu ialah Juwita, Bonda dan banyak lagi koleksi lagu daripada album beliau sejak 1980-an bersama kumpulan Kembara.

Bukan sahaja membawakan lagu-lagu dari album solo ciptaannya, komposer terkenal itu turut mendendangkan lagu-lagu sentuhan magisnya yang diberikan kepada kumpulan Search, Alleycats, Datuk Awie, Wings, Seha, Bumiputera Rockers (BPR), Kristal, Def Gab C dan Rahim Maarof.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *