PM Anwar Diberi Sambutan Rasmi Sempena Lawatan 4 Hari Ke Australia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memeriksa kawalan kehormat pada sambutan rasmi yang diadakan oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese di Government House hari ini. Foto Bernama
MELBOURNE, 4 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan, Victoria hari ini sempena lawatan empat hari beliau ke Australia.
Ketibaan Anwar disambut oleh Gabenor Victoria Margaret Gardener dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Majlis itu mendahului perbincangan dua hala dan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Australia-Malaysia (ALM) Kedua.
Beliau melakukan lawatan itu atas jemputan Albanese, yang bermula di Melbourne semalam dan berakhir di Canberra pada 7 Mac ini.
Ini adalah lawatan sulung Anwar ke Australia dan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke ALM serta Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.
Terdahulu ketika berucap merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa di sini pada Isnin, Anwar menjelaskan, di Malaysia, Islam adalah agama persekutuan, oleh itu, teras syariah bagi umat Islam perlu dipertingkat dan diperkukuh.
Perdana Menteri turut menjadikan Australia sebagai contoh negara yang menghormati komuniti minoriti Islam dalam kalangan masyarakatnya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
