PM Anwar Buat Kejutan Raikan Hari Lahir Presiden Brazil Ke-80

Anwar membuat kejutan apabila meraikan Lula dengan sebiji kek sempena hari lahir ke-80 Presiden Brazil itu dalam Majlis Makan Malam Gala ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Kejutan berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, apabila meraikan hari jadi ke-80 Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva yang kelihatan terharu ketika memotong kek di sebelah Anwar, sambil lagu ‘Happy Birthday’ didendangkan oleh kumpulan pemuzik Trupe De DomMarina.

Majlis dihoskan Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini menghimpunkan para pemimpin da menjadi platform bagi diplomasi budaya yang menonjolkan semangat keterangkuman dan solidariti dalam keluarga ASEAN.

Anwar dan Dr. Wan Azizah menyambut kehadiran PM Singapura Lawrence Wong dan isteri pada Majlis Makan Malam Gala ASEAN 2025 pada 27 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Para pemimpin segak mengenakan kemeja diperbuat daripada kain Tenun Pahang Diraja, hasil kerja tangan penghuni Penjara Bentong.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh para penari cilik daripada negara-negara angota ASEAN yang menampilkan warisan seni tari negara masing-masing, selain persembahan daripada artis terkemuka Malaysia termasuk Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir dan Dayang Nurfaizah.

Anwar dan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon bersama isteri masing-masing ketika hadir pada Majlis Makan Malam Gala ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Alunan muzik oleh tiga kumpulan orkestra iaitu Orkestra Tradisional Malaysia, Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang mengiringi artis seni pasir Bernice Wong dari Pulau Pinang melakar monumen ikonik rantau ini juga mencuri perhatian hadirin.

Antara pemimpin yang hadir membawa isteri masing-masing ialah Perdana Menteri Kanada, Mark Carney; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh serta Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

Anwar membuat kejutan apabila meraikan Lula dengan sebiji kek sempena hari lahir ke-80 Presiden Brazil itu dalam Majlis Makan Malam Gala ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *