PM Anwar Beri Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik pada 6 April 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 6 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri disambut balu mendiang, Toh Puan Ong Ee Nah; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; bekas menteri, Tan Sri Ting Chiew Peh serta kenamaan lain dalam sesi berkenaan kira-kira 20 minit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik pada 6 April 2026. Foto PMO

“Dalam kesempatan tersebut, saya turut berpeluang bertemu dan menyampaikan ucapan takziah secara langsung kepada ahli keluarga mendiang, serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian seorang tokoh yang amat berjasa.

“Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan mendiang, bukan sahaja kepada parti MCA, malah kepada negara secara keseluruhan, khususnya dalam memajukan sektor pengangkutan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik pada 6 April 2026. Foto PMO

“Dedikasi dan kepimpinan mendiang akan terus dikenang serta menjadi teladan kepada generasi akan datang,” ujar Anwar.

Mendiang Tun Dr Ling meninggal dunia pada 4 April lalu pada usia 82 tahun, meninggalkan isteri serta dua anak lelaki Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik pada 6 April 2026. Foto PMO

Mendiang Tun Dr Ling merupakan antara tokoh veteran politik paling lama berkhidmat dalam Kabinet, memegang portfolio Menteri Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga meletak jawatan pada 2003.

Anwar menyifatkan mendiang sebagai tokoh berjasa besar, dengan sumbangan signifikan dalam pembangunan negara sepanjang 17 tahun memegang portfolio pengangkutan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *