PM Anwar Bangkit Isu Kelemahan Penguatkuasaan, Selenggara Jalan Faktor Kemalangan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Lee di pejabat beliau di Putrajaya pada Selasa. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 6 Ogos – Kadar kemalangan yang tinggi terutama dalam kalangan pengguna motosikal berkait rapat dengan faktor kelemahan penguatkuasaan undang-undang jalan raya, selain isu penyelenggaraan jalan raya.
Kebimbangan itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kunjungan hormat oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, bahkan kedua-dua mereka turut senada terhadap perkara itu.

Anwar berkata, Lee kini merupakan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan kempen kesedaran, keselamatan dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya yang selamat dan sihat selain mewujudkan suasana kerja kondusif.
“Antara intipati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap mana-mana NGO yang lain atau seperti itu terus memberi khidmat mereka kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan.
“Selain itu, turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia MADANI,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
