PM Anwar Arah Tingkat Pemantauan, Penguatkuasaan Kenaikan Harga Makanan

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan hadir Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. Foto BERNAMA
PUTRAJAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui harga makanan mengalami kenaikan, sekali gus mengarahkan penguatkuasaan dan pemantauan dipertingkatkan.
“Saya tidak nafikan, di lapangan kadang harga tinggi. Saya lihat ada rakan komen, harga beras turun, (harga) gula terkawal, harga ayam turun ketimbang dua ke tiga tahun lalu, tapi harga makanan naik,” katanya.
Berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan, di sini hari ini. beliau memaklumkan, harga gula dan beras di Malaysia adalah paling murah di Asia Tenggara, namun itu juga menghadirkan masalah.
“Ada masalah juga (harga murah) kerana penyeludupan bertambah. Laporan dalam mesyuarat keselamatan, di Pulau Sebatik, satu pertiga (rakyat) Malaysia, dua pertiga (rakyat) Indonesia.

“Tapi keperluan minyak mentah, beras, gula, semuanya untuk satu pulau,” katanya menambah Malaysia turut menanggung subsidi untuk dua pertiga lagi penduduk Pulau Sebatik.
Pulau Sebatik terletak di Pantai Timur Borneo, terbahagi kepada dua bahagian, iaitu utara dalam wilayah Sabah, Malaysia, manakala selatan milik Kalimantan Utara, Indonesia.
Sebab itu, tegas Perdana Menteri, penyasaran subsidi penting dan beberapa program serta prakarsa baharu serta kaedah percukaian baharu perlu.
“Namun, ia harus tidak menekan di bawah dan memberi keadilan supaya golongan mahakaya tak ambil faedah daripada subisidi,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
