PM Anwar Arah Segera Laksana Pembenihan Awan Di Kedah, Perlis

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat khas selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kementerian Sumber Asli dan Kelasterian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 4 Mei – Berikutan taburan hujan yang rendah serta cuaca panas di negeri-negeri kritikal termasuk Kedah dan Perlis kini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyegerakan pelaksanaan pembenihan awan bagi menggalak pembentukan hujan.

Menurut Perdana Menteri, ia termasuk meneroka penggunaan teknologi dron serta kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menampung kekurangan pesawat bersesuaian, demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat khas selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kementerian Sumber Asli dan Kelasterian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto PMO

Katanya, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) hari ini, bagi meneliti perancangan dasar serta keutamaan kementerian sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, ujar beliau, pengurusan NRES turut membangkitkan isu Dara, Amoi dan Kelat, tiga gajah dari negara ini yang kini berada di Jepun.

“Saya mengambil maklum kebimbangan rakyat dan menegaskan bahawa kebajikan haiwan ini mesti menjadi keutamaan NRES dan Zoo Taiping.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat khas selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kementerian Sumber Asli dan Kelasterian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto PMO

“Sebarang keputusan dan tindakan perlu dilaksanakan berasaskan fakta serta mengambil kira kebajikan terbaik Dara, Amoi dan Kelat,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, maklumat yang telus dan berfakta perlu disalurkan secara berterusan agar rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai keadaan gajah terbabit di negara itu.

“Mengakhiri pertemuan, saya tegaskan kepentingan tatakelola yang berkualiti, integriti yang utuh dan sifar toleransi terhadap ketirisan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat khas selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kementerian Sumber Asli dan Kelasterian Alam (NRES) di Putrajaya pada 4 Mei 2026. Foto PMO

“Inilah asas kepada ikhtiar kita dalam membina Malaysia yang inklusif, makmur dan mampan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *