PM Anwar Arah PBT Tidak Tekan Peniaga Bazar Ramadan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Soal Jawab Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR, 26 MacDatuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak ‘menekan’ peniaga bazar Ramadan dengan mengenakan kos sewa tapak yang tinggi.

Perdana Menteri berkata, tiada sebab untuk PBT mengenakan sewa yang tinggi.

Menurutnya, keadaan itu diburukkan lagi apabila sebahagian tapak bazar Ramadan tidak dikendalikan secara terus oleh PBT, sebaliknya diuruskan pihak ketiga.

Beliau berkata, penyumberluaran itu sekali gus menyebabkan peniaga terpaksa berdepan kenaikan kos kerana perlu membayar ejen dan bukannya menyewa tapak bazar Ramadan secara langsung kepada PBT.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Soal Jawab Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

“Kalau secara spesifik soal bazar Ramadan yang saya dapat lawati di empat lima tempat, pertamanya kos sewa itu terlalu tinggi.

“Jadi kita telah memberikan arahan, kalau kos itu yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran, jangan ‘tekan’ (sewa) dalam keadaan sekarang,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai usaha mengekang kesan rantaian ekonomi terutama bagi peniaga bazar Ramadan susulan kadar baharu SST, berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu.

“Termasuk semalam, di Tambun, Perak saya dapati sekiranya kos sewa (bazar Ramadan) itu lumayan (murah), ia tidak sangat mengesankan (peniaga).

“Ada beberapa kedai daripada sekitar 180 (peniaga di bazar Ramadan dekat Tambun) mengambil kesempatan untuk meningkatkan (harga).

Anwar bertemu peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Rahman MADANI Taman Perpaduan, Ulu Kinta, hari ini. Foto Muhamad Lokman Khairi

“Namun, bazar Ramadan tiada kena-mengena langsung dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tak dinafikan juga, kadang-kadang ada syarikat besar mengambil kesempatan,” kata Perdana Menteri.

Memperincikan kerelevanan perubahan kadar SST, Anwar berkata, ia terpaksa dilakukan bagi mengelak ekonomi negara menjunam, selain tiada pertambahan hasil negara dan mengelak longgokan hutang.

“Apakah cukai harus dikenakan kepada rakyat biasa? Kita cuba elak, seperti yang dilakukan bagi elektrik.

“SST diberi pengecualian dengan maksud tidak mengenakan kesan negatif kepada kebanyakan rakyat tetapi seperti kita tahu, ada kesan sampingan kecil yang mesti dikawal.

“Saya setuju kita harus terus pantau, tetapi kalau secara khusus bazar Ramadan ini, kebanyakannya (peniaga) mengeluh kerana kadar sewa tinggi dan pendapat saya, PBT tiada sebab untuk mengenakan sewa yang tinggi,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *