PM Anwar Arah Agensi Pintu Masuk Sempadan Negara Mulakan Tugas Serta-Merta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agensi kawalan pintu sempadan negara memulakan tugas serta-merta. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 2 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) melaksanakan tugasan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri berkata, walaupun rang undang-undang (RUU) berkaitan penubuhan agensi itu hanya akan dibentangkan di Parlimen pada Julai ini, semua jabatan berkaitan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sudah boleh meletakkan pegawainya dan bertugas dengan segera.

“Undang-undang (penubuhan MCBA) hanya akan dibentangkan pada Julai, tetapi pada 1 Mei (semalam) adalah bermula punca kuasa pada perkara berkenaan, bermakna dari polis, Kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Imigresen sebagai punca kuasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agensi kawalan pintu sempadan negara memulakan tugas serta-merta. Foto Bernama

“Oleh demikian semua jabatan dan kementerian harus menerima arahan ini, meletakkan pegawai di sempadan utama sekarang dan melaksanakan tugas dengan Ketua Pengarah (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali yang mempunyai tugas besar untuk jaga seluruh sempadan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *