PM Anwar Akan Muktamad Tarikh Peluncuran Kereta EV Nasional Perodua

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Lawatan Ramah Mesra bersama Warga Kerja Perodua di Rawang, Selangor pada 11 November 2025.

RAWANG, 11 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memuktamadkan tarikh peluncuran rasmi dalam tempoh satu hingga dua hari berkenaan cadangan peluncuran kenderaan elektrik (EV) pertama Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) sebagai satu agenda nasional selari dengan usaha memperkukuh tadbir urus, tanggungjawab sosial dan perlindungan alam sekitar.

Perdana Menteri menjangkakan peluncuran berkenaan akan diadakan sekitar akhir bulan ini.

“Saya akan beri arahan kepada Jemaah Menteri bahawa perluncuran Perodua kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Lawatan Ramah Mesra bersama Warga Kerja Perodua di Rawang, Selangor pada 11 November 2025.

“Ini kerana soal tadbir urus, tanggungjawab sosial dan perlindungan alam sekitar,” katanya dalam ucapan pada Sesi Lawatan Ramah Mesra bersama Warga Kerja Perodua di sini, hari ini.

Tambah beliau, peluncuran ini menandakan komitmen Malaysia ke arah teknologi baharu, pendigitalan transformasi dan kecerdasan buatan (AI).

“Kalau ada teknologi termasuk teknologi baharu, kalau ada disiplin dan pengurusan yang baik, tidak ada benda yang kita tidak mampu laksanakan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Sesi Lawatan Ramah Mesra bersama Warga Kerja Perodua di Rawang, Selangor pada 11 November 2025.

Beliau turut memuji kualiti reka bentuk model yang dipersembahkan, menyifatkannya “sangat elegan” meskipun belum berpeluang memandu uji.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan bahawa beliau akan bertindak sebagai ‘pegawai pemasaran’ Perodua dalam lawatan rasmi beliau ke Afrika Selatan, Kenya dan Ethiopia sebagai usaha memperkenalkan produk automotif nasional ke pasaran antarabangsa.

“Saya dah bagi jaminan saya akan jadi pegawai pemasaran Perodua dalam lawatan saya kelak ke Afrika Selatan, Kenya dan Ethiopia, pro bono tak ada bayaran,” katanya.

Kunjungan ke Perodua itu merupakan yang pertama bagi Anwar sebagai perdana menteri sejak lawatan terakhirnya pada 1997 yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

– Oleh Afrina Romzi

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *