PM Anwar Akan Bertemu Presiden Prabowo Dalam Masa Terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memasuki hari ke-13 Ramadan 1447 Hijrah pada 3 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam masa terdekat, susulan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, mereka berdua saling bertanya khabar dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau.

“Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini, kami sempat bertanya khabar serta bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan serantau.

“Kami juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi terus memperkukuh hubungan erat antara dua negara berjiran yang sekian lama terjalin atas semangat persaudaraan dan kerjasama strategik,” ujar Anwar.

Perkembangan terbaharu itu turut dikongsi di portal media Indonesia malam ini yang memaklumkan perkara itu yang terdahulu menerima makluman kunjungan hormat Duta Besar Indonesia ke Malaysia Dato’ Mohammad Iman Hascarya Kusumo ke atas Anwar baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 di Istana Merdeka, Jakarta pada 29 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar melakukan lawatan rasmi ke republik itu atas jemputan Prabowo pada 29 Julai 2025 sebagai menandakan hubungan erat antara kedua-dua negara berjiran itu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *